Zikir Harian
Maklumat yang saya tau mengenai zikir harian, untuk dibaca sebanyak 1000 kali sehari. Sebenarnya bila kita nak baca zikir-zikir harus dibaca dari tulisan Al-Quran (Arab) kerana wajib dijaga tajwidnya. Tapi tak pe lah, daripada tak berzikir langsung lebih baik kita mulakan dengan zikir dalam tulisan rumi. Setiap kali kita berzikir niatkan didalam hati supaya segala kesilapan bacaan diampunkan. (Ini pesanan GURU saya dulu sewaktu saya belajar kerana memang lumrah manusia tidak sempurna dan sentiasa terdedah dari melakukan kesilapan).
Jumaat - YA ALLAH
(Kelebihannya : HAMPIR RAHMAT ALLAH DAN JAUH DARI AZAB ALLAH)
Sabtu - LAILAHAILLA'LLAH
(Kelebihannya : DIHAPUSKAN DOSA ANGGOTANYA YANG TUJUH)
Ahad - YA HAYYU YA QAYYUUM
(Kelebihannya : DIPELIHARA IMANYA OLEH ALLAH)
Isnin - LA HAWLAWALAQUWWATAILLA BILLAHIL'ALIYYIL'AZIM (Kelebihannya : DIHAPUSKAN SIFAT YANG TERCELA)
Selasa - A'ALLAHHHUMMASOOLI'ALA MUHAMMADIN WA'ALA ALIMUHAMMADIN WASOHBIHI WASALLIM
(Kelebihannya : DAPAT SYUFAAT NABI MUHAMMAD PADA HARI QIAMAT)
Rabu - ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM ALLAZILAILAHAI'LLAHAHUWAL HAYYULQAYYUM WA ATUBUILAIH
(Kelebihannya : DIHAPUSKAN SERIBU DOSA)
Khamis - SUBHANA'LLAH HIL'AZIMIWABIHAMDIH
(Kelebihannya : TUMBUH TANAMAN SYURGA BAGINYA)
_________________