10 Tip Cantikkan Diri Untuk Wanita
Untuk
kelihatan cantik, tidak semestinya anda perlu bersolek, mendapat
rawatan di salon-salon terkemuka. Anda hanya perlukan 5-10 minit untuk
tampil menawan. bagaimanakah caranya?
1.
Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap
pagi dan malam. pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam
penampilan kecantikan anda.
2.
Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila
anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran
dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi. seeloknya anda
membeli pek perubaan. sekiranya serasi. buatlah keputusan untuk
memilikinya.
3.
Bersolek cukup sekadar untuk mengelak wajah dari kelihatan pucat,
Solekan natural adalah lebih baik dan selamat untuk aktiviti harian
anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan tebal sekiranya anda mahir
berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada yang menegur muka anda
seperti opera cina.
4.
Ketika bersolek, pastikan riasan yang anda lakukan pada wajah kelihatan
sekata. pastikan bahagian leher tidak di abaikan semasa bersolek. Jika
tidak, solekan anda kelihatan berbelang dan wujud perbezaan warna
antara bahagian muka dan leher.
Alatan Asas yang perlu ada pada wanita
Didalam kamar mandi.
1.
Wanita juga perlukan pisau cukur yang baik, penggunaan pisau cukur
bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa
lebih selesa selepas bercukur.
2.
Span yang lembut - bagi mereka yang menggunakan buih mandian. span yang
lembut memainkan peranan besar sewaktu anda mandi. Jika span ini di
gosokkkan secara teratur, setiap kali anda mandi, ia dapat membantu
menangalkan sel-sel mati dan menjadikan kulit anda segar dan bersinar.
3.
Pumice stone - berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda,
pumice stone dapat membantu anda menanggalkan daki dan sel-sel kulit
mati dibahagian tapak kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat
membantu anda untuk memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari
bau yang kurang menyenangkan.
Di Meja Solek
1.
Losyen badan atau minyak bayi dapat melembut dan menghaluskan kulit
anda. waktu yang paling sesuai untuk menyapu losyen atau minyak bayi
pada tubuh adalah selepas mandi kerana kulit dalam keadaan rehat dan
boleh menyerap dengan baik.
2.
Sikat atau berus yang sesai dengan rambut, tip semua sikat sesuai
digunakan untuk menyisir rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang
mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan
anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut
lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan
3.
Deodoran, terdapan pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang
roll-on, stick-on, cecair mahupun semburan. Pengunaan deodorant dapat
melindungi ketiak anda daripa mengeluarkan bauan yang kurang
menyenangkan.
4.
Bedak tabur. Secara umumnya bedak daripada kering. Pilih bedak yang
tidak merangsa dan boleh melindungi kulit dan mudah dihinggapi bakteria
seperti bedak berubat.