CEO
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

CEO

CiviL Engineering Official CLub
 
HomePortalSearchLatest imagesRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Top posters
hapi (787)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
anip (638)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
JessicaJesus (357)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
fizul_kazuma (275)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
Green tea (235)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
aesh11 (220)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
DozerJaat (217)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
aMoy (57)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
lizzie (24)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
taragang_saru (7)
Kempen 'JOM MEROKOK' I_vote_lcapKempen 'JOM MEROKOK' I_voting_barKempen 'JOM MEROKOK' I_vote_rcap 
Latest topics
» jusT starting
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeWed Feb 16, 2011 2:23 am by aesh11

» berikan cadangan anda
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeMon Oct 25, 2010 2:33 pm by winli

» SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeTue Nov 03, 2009 10:01 am by anip

» Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeFri Sep 25, 2009 2:08 am by soy_bean

» Beza Antara Air dan Coke
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeWed Sep 23, 2009 9:11 am by aMoy

» Jadual Waktu Tahun 3 SEmester 1 2009/2010!!
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeSat Aug 15, 2009 10:43 am by anip

» ..gelang kristal and mutiara..
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeWed Aug 12, 2009 6:39 pm by aesh11

» PENDRIVE BILA BUKA DIA KELUAR OPEN WITH.
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeTue Jul 28, 2009 10:32 am by aesh11

» Fakta disebalik lagu Samson-KEnagan Terindah
Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeMon Jul 27, 2009 7:34 pm by hapi

Poll
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

Most users ever online was 94 on Thu Oct 03, 2019 12:03 am
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar

 

 Kempen 'JOM MEROKOK'

Go down 
AuthorMessage
hapi
Moderators
Moderators
hapi



Kempen 'JOM MEROKOK' Empty
PostSubject: Kempen 'JOM MEROKOK'   Kempen 'JOM MEROKOK' I_icon_minitimeSun Jul 26, 2009 11:47 am

Untuk kali ini, aku secara terang-terangan ingin memanaskan dan menghangatkan ruang udara Malayasia yang sejuk kebelakangan ini dan secara terang dan tidak berselindung ingin menentang kempen berhenti merokok yang dianjurkan oleh mana-mana pertubuhan sebelum ini tidak kira la kerajaan atau NGO.

Dan aku akan usulkan untuk kempen "JOM MEROKOK" berdasarkan pandangan dan pendapat yang aku nyatakan yang lahir dari aku sendiri. Ini kerana, aku merasakan terdapat banyak juga kesan positif yang diperolehi dari merokok. Ah, bagaimana kerajaan boleh terlepas pandang semua ini. Adakah kerajaan terlalu sibuk dengan pembangunan tanpa sedar kepentingan rokok.?

Berikut adalah sebab yang tersangatlah kukuh kenapa kempen JOM MEROKOK perlu diadakan. Anda hendaklah baca dahulu, kemudian baru anda akan faham dan anda boleh komen.

1.) Perokok dan Penyakit.
Kempen 'JOM MEROKOK' Nosmoking
Perokok senang dapat sakit. Itu semua orang tahu. Tahukah anda bahawa doktor² di hospital mendapat gaji dari merawat orang sakit..? Oleh itu, jika perokok bertambah, maka pesakit pun bertambah. Dan semestinya permintaan untuk doktor semakin bertambah. Kan itu bagus untuk mereka yang berada dalam bidang medic.?

2.) Perokok dan Penyakit kronik.
Kempen 'JOM MEROKOK' Ra1b
Sakit kronik seperti sakit jantung, paru², kanser dan sebagainya amat mudah menjangkiti para perokok. Apabila berlaku masalah kronik seperti sakit jantung, maka doktor pakar diperlukan. anda tahu berapa gaji seorang doktor pakar.? Lagi bertambah kronik sesuatu penyakit, lagi bertambahlah gaji doktor pakar. Jika doktor pakar dari kalangan orang melayu, maka secara automatiknya taraf hidup orang melayu semakin meningkat.

3.) Perokok dan Ekonomi Negara.
Anda tahu kan ekonomi merosot dan turun mendadak sebelum ini. anda tahu siapa antara penyumbang kepada peningkatan ekonomi negara untuk kembali stabil ketika ekonomi kita tenat.? Perokok. ini kerana dengan cukai yang tinggi, dan harga yang mahal, perokok sanggup berkorban untuk membeli rokok demi menaikkan kembali ekonomi negara. Mereka sanggup lakukan untuk negara walaupun mereka tahu mereka bakal menerima penyakit yang akan menguntungkan doktor pula. Sungguh mulia hati mereka bukan.?

4.) Perokok dan ekonomi orang melayu
Kempen 'JOM MEROKOK' Rokok1
Kalau di kampung², kedai runcit yang menjual rokok terus mendapat permintaan. Kalau jual komputer, tak ramai yang beli. sebab dorang bukan pandai guna sangat. Tetapi dengan menjual rokok, pekedai runcit terus dapat bertahan. Anda nampak.? perokok sanggup membahayakan diri mereka untuk kampung mereka. Untuk menaikkan ekonomi kampung sendiri.

5.) Perokok dan Diet
adakah anda tahu, ada perokok yang sanggup tidak makan, asalkan dapat membeli rokok.?
Walaupun tidak ada duit,mereka sanggup diet untuk rokok. Mereka tidak perlu membazirkan duit untuk pergi ke gym untuk turunkan lemak kerana melalui program diet perokok, sudah cukup untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas obesti. Bukankah itu sangat bagus.?

6.)Perokok dan kebakaran.
Kebakaran selalu dianggap negatif. Cuba bayangkan, kalau rumah terbakar disebabkan rokok. Anda tahu apa kesannya.? Dapat rumah baru, bantuan kerajaan pun dapat. Entah² dapat rumah baru yang jauh lebih baik dari dahulu.. betul kan.. So, kebakaran pun ada side positifnya.

7.)Perokok dan anak.
Kempen 'JOM MEROKOK' Image012g
Ini kes perokok yang ada anak. Kita tahu, perokok banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara. So, dengan adanya anak, amalan merokok itu dapat diwarisi dengan lancar. Kerana kita tahu, kanak-kanak mudah mengikuti perlakuan orang yang lebih tua. Seterusnya si anak juga turut membantu menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.Oleh itu, para perokok dicadangkan untuk menunjukkan cara merokok kepada anak mereka nanti.

8.)Perokok dan Kelahiran bayi pramatang dan keguguran (perokok perempuan)
Kempen 'JOM MEROKOK' 62221915
Ini sepatutnya menjadi berita baik kepada perokok wanita. Dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang. Mempunyai anak kadang tu juga menjadi satu kesusahan. Contoh la mengandung, hisap rokok banyak², mudahan senang keguguran. Kerana kalau keguguran haram menggunakan ubat, tinggi kosnya. Dengan rokok ok la.

9.) Perokok dan dadah.
Kempen 'JOM MEROKOK' 610x
Permulaan penagih dadah adalah bermula dengan rokok. Tidak semua perokok penagih dadah, tetapi semua penangih dadah adalah perokok. Adakah anda nampak peningkatan taraf hidup mereka.? dadah lebih jauh mahal dari rokok, dan selepas lama bergelumang dengan rokok, mereka naik taraf kepada dadah pula. dan selepas ditangkap mengedar dadah, dihukum mati pula. apa la kerajaan ni. ekonomi baru je meningkat dah kena hukum mati.

10.) Perokok dan kemandulan.
Kempen 'JOM MEROKOK' Kondomu
Ya, perokok mudah terdedah kepada kemandulan. cuba pikir dari segi positif, adakah anda tahu berapa bilangan rakyat Malaysia sekarang ini.? 25/26juta. Terlalu pesat untuk berada di bandar² besar. Selalu sahaja trafic jam. dan melalui proses kemandulan semulajadi ini, kadar kelahiran pesat juga dapat dikekang.
Kemandulan juga amat berkesan untuk sesiapa yang kahwin tapi tidak mahu mempunyai anak. Nampak tak jimat.? tak perlu beli kondom, x perlu beli pil perancang keluarga. Hisap rokok pun boleh mandul. Nampak kebaikkannya.?

11.) Perokok dan kematian.
Fakta: 10,000 orang maut setiap tahun kerana merokok di Malaysia.

Kempen 'JOM MEROKOK' Image010aep
Diketahui penduduk di Malaysia bertambah saban tahun. sekarang ini rasanya berjumlah 25/26 juta. Sangat pesat untk berada dibandar². Oleh itu, anda tahu siapakah yang sedikit sebanyak mengimbangkan jumlah kelahiran dan kematian.? Perokok. Mereka mudah mendapat kemandulan, itu sudah mengurangkan kelahiran. dan mereka juga mudah dijemput kematian.
Dengan kata lain, mereka sangat effektif dalam mengimbangkan pertambahan yang terlalu ramai penduduk Malaysia ini. Oleh itu, kita tidak perlukan penghapusan etnik. Kita sudah ada kaedah yang bagus. Bagi mereka hisap rokok banyak², lagi berbahaya rokok itu, lagi bagus..
Cepat mandul dan cepat pula dijemput maut.

Dan yang terakhir.

12.)Perokok dan....
HOI, perokok bukan binatang la..Sape yang buat gambar ni..kurang ajar betul..

(apa.? yang Nik Aziz kata perokok macam lembu.? ah, itu nanti kita bincang.)
Kempen 'JOM MEROKOK' Having_a_smoke
Aku sebagai pengasas kempen JOM MEROKOK berasa sungguh marah dengan gambar ini. Aku tahu perokok bukan binatang. Perokok adalah manusia biasa. Cuma mereka merokok je. Mereka mempunyai akal. Binatang tiada akal.. Oleh itu aku rasa siapa yang buat gambar binatang hisap rokok ni memang tak betul orangnya..
Wahai perokok, jangan bimbang kerana aku tahu kamu semua adalah manusia..Dan aku berdiri teguh dibelakang kamu.

-----------------------------------------------------------------

Ini adalah sedikit sebanyak pandangan aku kepada perokok.
Gambar yang diperoleh adalah dari internet.

Saranan aku kepada kerajaan.
1) Naikkan harga rokok. naik setiap bulan pun ok. Bagus untuk perkembangan ekonomi yang agak lembab sekarang ini.
2)Import rokok yang berbahaya. Kalau boleh yang ada pelbagai jenis racun. Ini kerana rokok yang berbahaya dapat memberi kesan yang lebih cepat kepada perokok di luar sana.
3)Bersedia dengan banyak doktor. Tambah bidang² medic di universiti. Tahu sebabnya kan.?
4)Sediakan lebih banyak penggali kubur .(merujuk kepada sebab no 11)



Setelah banyak "kebaikan" yang aku bongkar pasal perokok ini.
Adakah anda berasa panas.?
adakah anda berasa suam-suam kuku.?
Adakah anda berasa cool.?
Semuanya terletak pada diri anda.

Oleh itu, Tidak kira samada anda adalah seorang perokok, ataupun bukan seorang perokok,
jika anda ada pendapat, cadangan, makian, kutukan, sokongan, dan apa² sahaja berkaitan post ini...
Dengan segala hormatnya dipersilakan untuk komen..


jgn marah..hehehe Kempen 'JOM MEROKOK' 279247 Kempen 'JOM MEROKOK' 279247 Kempen 'JOM MEROKOK' 279247
Back to top Go down
 
Kempen 'JOM MEROKOK'
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CEO  :: CEO FORUM :: CEO TALKS :: Sembang-sembang / Kadai Kupi-
Jump to: