Suatu petang yang hening. Ketika itu awan baru sahaja menurunkan hujan selebat-lebatnya. Kelihatan seorang tua sedang duduk di tepi lopak air memegang pancing tidak lupa sambil merokok.
Masyaratkat sekeliling memerhatikan dengan penuh kehairanan. Ada yang bersimpati dengan nasib si tua itu dan juga lupa ada juga yang mengetawakan si tua itu. Biasalah manusia. Hati Lain-lain. Rambut sama hitam. Badrul memerhatikan si tua itu dengan penuh rasa simpati. Beliau menghampiri si tua itu untuk berbual.
"Pakcik ni memancing untuk apa?"
"Untuk makan"
"Owh, kalau macam tu. Mari ikut saya makan. Saya belanja."
Mulanya Si Tua itu berdolak-dalik tetapi kemahiran Badrul memujuk beliau diitiraf tinggi dan sangat cemerlang. Si Tua itu malu-malu dan akhirnya akur dengan paksaan Bardul.
Sedang asyik menguyah makanan. Badrul bertanya kembali.
"Pakcik mancing kat lopak air tu ada ikan ke?"
"Owh ada, buleh la tahan"
"Biar betul pakcik nie. Dah berapa ekor dapat?"
"Kamu yang kelima"