Senjata tajam
Dalam satu pertandingan senjata tajam dunia, tiga orang peserta berjaya ke
peringkat akhir. Jaguh pedang dari Sepanyol, samurai Jepun dan pendekar
silat dari Malaysia.
Di peringkat akhir, semua peserta di kehendaki menunjukkan kemampuan
membunuh seekor lalat dengan menggunakan sebilah pedang.
Kotak lalat dibuka, seekor lalat terbang dengan lincahnya, sang jaguh pedang
dari Sepanyol menghunuskan senjata dan mengibasnya dengan pantas. Tubuh
lalat itu terpotong dua. Penonton bersorak mengkaguminya.
Giliran samurai Jepun menghunuskan senjatanya. Kepantasan samurai Jepun
memang tiada tandingan, dengan secepat kilat tubuh lalat kedua terbahagi
tiga. Penonton berdiri bertepuk tangan memuji sang samurai.
Kini giliran pendekar silat dari Malaysia. Segera ia menghunus pedangnya,
mengibas ke kiri dan kekanan. Lalat ketiga masih terbang di udara, tetapi
'penerbangan'nya agak berbeza. Juri dan penonton yang semenjak tadi menahan
nafas terpaku dan kehairannan melihatkan lalat tersebut masih utuh dan
terbang.
Melihat reaksi demikian, sang pendekar segera berkata, "Tuan-tuan jangan
salah sangka, lalat tu baru saja saya sunatkan".
==========
Sedut
Dalam suatu pertandingan di dapati ketiga-tiga orang yang mengambil bahagian
telah mendapat markah yang sama. Untuk menentukan pemenang, pengadil
menyarankan di adakan pertandingan sedut-sedut dengan hidung. Sesiapa yang
paling banyak menyedut benda masuk ke hidungnya akan di istiharkan sebagai
pemenang.
Pengadil meletakkan benda-benda kecil seperti cebisan kertas, kacang hijau
dan lain2 di atas meja untuk tujuan di sedut dengan hidung. Ketiga peserta
yang datangkan dari seluruh penjuru duniapun bersedia. Pengadil memulai
pertandingan.
Peserta Pertama datang dari Afrika,....(peserta pertama pun bersedia)
Siapppp .... Yak!..Dan tiba tiba saja meja di depan peserta pertama
Hilang.Semua penonton hairan dan takjub. Sungguh luar biasa. Pengadil
berkata "Peserta pertama berhasil menyedut sebuah mejaaa!",
Peserta kedua dari Amerika pun mulai bersedia untuk memulakan sedutan.
Huuusp!.... Tiba-tiba saja, 3 buah meja di depan peserta kedua hilang....
semua penonton bertambah hairan dan takjub. Pengadil Berkata "Peserta kedua
berhasil menyedut 3 buah meja...!!",
Sekarang giliran peserta ke tiga....dari Malaysia. Semua penonton meng booo
kerana mereka percaya...sudah tentu tak dapat menyedut kecuali beberapa biji
kacang hijau bolehlah agaknya. Ketika peserta ketiga baru mengambil tempat
untuk memulakan sedutan hidungnya... tiba tiba.....zupsssss stadium menjadi
gelap dan lampu mati.
Lalu tak lama kemudian pengadil membuat pengumuman dan berkata : "Saudara
saudara para penonton sekalian...Peserta ketiga berjaya menyedut sebuah
stadium dan Kita semua berada dalam hidungnya ..........!"