LISBON – Rembatan peluru Cristiano Ronaldo dari jarak 37 meter sudah
cukup untuk memberikan kemenangan bersejarah buat Manchester United
awal pagi semalam.
Bintang Portugal itu mencipta jaringan tersebut pada minit keenam
aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara untuk United menang tipis 1-0 ke
atas FC Porto.
Kemenangan itu juga menjadikan United sebagai kelab England pertama mencatat kemenangan ke atas Porto di Stadium Dragao.
Pengurus United, Alex Ferguson ternyata gembira meraikan kemenangan ke-150 United pada saingan Eropah di bawah kenda- liannya.
|
RONALDO (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Wayne Rooney di Stadium Dragao semalam.
|
“Jaringan itu sukar dipercayai. Ia satu sepakan yang menakjub- kan.
Ia jaringan menarik tetapi itulah sebenarnya kemampuan Ronaldo.
“Rembatannya itu mengejutkan pasukan tuan rumah dan penjaga gol mereka tidak berpeluang menyelamatkannya.
“Secara keseluruhan, pemain saya beraksi dengan baik sekali. Kami
mengawal baik bahagian pertahanan dan itu adalah kunci kemenangan ini,”
kata Ferguson.
Sementara itu, Ronaldo yang juga Pemain Terbaik Dunia menjelaskan
bahawa mereka kini semakin yakin untuk mengulangi pencapaian musim lalu
dengan muncul juara Eropah dan juara dunia.
“Kami memiliki peluang untuk memenangi setiap perlawanan dan cukup yakin untuk melaku- kannya,” jelasnya.
Mengulas mengenai jaringannya kelmarin, Ronaldo memberi- tahu: “Saya
belum lihat lagi jari- ngan itu menerusi televisyen tetapi rakan-rakan
kata ia sangat menakjubkan.”
Tidak sabar berdepan BarcaLONDON – Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard (gambar) mengakui dia
sudah tidak sabar untuk menantikan aksi separuh akhir Liga Juara-Juara
bertemu Barcelona.
Menurut Lampard, pertemuan itu adalah sesuatu yang menarik
lebih-lebih lagi dengan reputasi Barca sebagai pasukan terbaik di dunia
ketika ini.
Namun, dia menegaskan bahawa tiada seorang pun pemain Chelsea yang
gentar dengan reputasi Barcelona dalam usaha merealisasikan impian
mereka menjejakkan kaki ke final buat kali kedua berturut-turut.
Lampard mengakui, kelibat tiga penyerang Barcelona, Leo Messi,
Thierry Henry dan Samuel Eto’o sentiasa membimbangkan semua pasukan.
“Ya, mereka (Barcelona) memiliki penyerang yang hebat dan pemain sayap kanan yang cukup baik.
“Bagaimanapun, saya memang tidak sabar untuk bertemu mereka di Nou
Camp. Saya masih ingat penga- laman pertama beraksi di sana dan ia
cukup menakjubkan.
“Mereka sebuah pasukan hebat di stadium yang menarik.
“Tetapi jika kami berjaya mencatat keputusan baik di sana sama
seperti ketika bertemu Liverpool, peluang kami ke final cukup cerah,”
katanya.
Lampard juga yakin ketiadaan kapten Chelsea, John Terry pada
pertemuan suku akhir kedua Selasa lalu menjadi salah satu punca pasu-
kannya dibolosi empat gol untuk keputusan seri 4-4 dengan Liverpool.
“Jika pertahanan kami tidak beraksi seperti bertemu Liverpool tempoh hari, kami pasti akan ke final.
“Ketiadaan Terry pada perlawanan Selasa lalu memang dirasai. Dia
tonggak kami di bahagian pertahanan kerana dia mempunyai tenaga yang
mantap dan begitu agresif,” jelas Lampard.
Arsenal sedia sekat UnitedLONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger yakin barisan mudanya mampu
menyekat penguasaan Manchester United apabila kedua-dua pasukan bertemu
pada aksi separuh akhir Liga Juara-Juara hujung bulan ini.
Kelmarin, skuad The Gunners itu mempamerkan kelas tersendiri dengan
menewaskan Villarreal 3-0, sekali gus mara dengan agregat 4-1.
Wenger nyata bangga dengan persembahan anak buahnya selepas Theo
Walcott membuka tirai jaringan pada babak pertama disusuli gol oleh
Emmanuel Adebayor.
Villarreal kehilangan Sebastian Eguren yang dilayangkan kad merah
dan sejurus kemudian Robin van Persie menyempurnakan sepakan penalti
untuk keme- nangan bergaya Arsenal di tempat sendiri.
|
WALCOTT (kiri) dicabar pemain tengah Villarreal, Robert Pires pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara di Emirates semalam.
|
“United merupakan ujian terbesar tetapi ia merupakan cabaran yang harus kami tangani dan kami teruja untuk menghadapinya.
“Semuanya bergantung kepada keputusan perlawanan separuh akhir
pertama nanti. Jika kami berjaya mengikat United, kelebihan pasti
berpihak kepada kami pada perlawanan kedua di tempat sendiri.
“Saya yakin perlawanan melibatkan Arsenal dan United selalunya akan menarik,” katanya.
Jelas Wenger, kedua-dua pasukan mengamalkan corak menyerang dan
pastinya ia akan menarik seperti pertembungan Chelsea dan Liverpool,
Selasa lalu.
“Saya tidak mahu buat spekulasi mengenai kelema- han yang dimiliki
United. Kami jangkakan mereka akan lebih kuat pada pertemuan itu nanti
dan ia pasti mem- pengaruhi kami untuk melakukan yang terbaik.
“Tetapi kami perlu berdepan beberapa perlawanan lain sebelum itu.
Jadi baik kita cuba mulakan langkah cemerlang apabila bertemu Chelsea
pada separuh akhir Piala FA, Sabtu ini (esok),” jelas Wenger. – Agensi