CEO

CiviL Engineering Official CLub
 
HomePortalCalendarFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Top posters
hapi (787)
 
anip (638)
 
JessicaJesus (357)
 
fizul_kazuma (275)
 
Green tea (235)
 
aesh11 (220)
 
DozerJaat (217)
 
aMoy (57)
 
lizzie (24)
 
taragang_saru (7)
 
Latest topics
» jusT starting
Wed Feb 16, 2011 2:23 am by aesh11

» berikan cadangan anda
Mon Oct 25, 2010 2:33 pm by winli

» SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN
Tue Nov 03, 2009 10:01 am by anip

» Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!
Fri Sep 25, 2009 2:08 am by soy_bean

» Beza Antara Air dan Coke
Wed Sep 23, 2009 9:11 am by aMoy

» Jadual Waktu Tahun 3 SEmester 1 2009/2010!!
Sat Aug 15, 2009 10:43 am by anip

» ..gelang kristal and mutiara..
Wed Aug 12, 2009 6:39 pm by aesh11

» PENDRIVE BILA BUKA DIA KELUAR OPEN WITH.
Tue Jul 28, 2009 10:32 am by aesh11

» Fakta disebalik lagu Samson-KEnagan Terindah
Mon Jul 27, 2009 7:34 pm by hapi

Poll
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 47 on Mon Oct 21, 2013 6:12 am
December 2018
MonTueWedThuFriSatSun
     12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31      
CalendarCalendar

Share | 
 

 alkisah ttg sorg kwn ni...ttg cinta monyet dn manusia...jeng3

Go down 
AuthorMessage
hapi
Moderators
Moderators
avatar


PostSubject: alkisah ttg sorg kwn ni...ttg cinta monyet dn manusia...jeng3   Sun Mar 01, 2009 10:24 pm

asalnya dr sorg mmbr tu.... bgini crita ny bermula...
> > Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya
> > bukan penulis. Apa yang saya ingin ceritakan pun
> > hanyalah tetang monyet, haiwan yang sering jadi bahan
> > sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang
> > kemas, kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya
> > tidak bijak bercerita tentang itu
> >
> > Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk
> > mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta
> > melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun
> > di depan sana ,saya lihat ada sekumpulan monyet
> > mundar-mandir di sisi jalan yang sibuk. Ia seperti
> > terburu-buru untuk melintas.
> >
> > Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin
> > hamper,saya terkejut kerana ada seekor monyet
> > menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah
> > sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan
> > brek dan memperlahankan kereta.
> >
> > Kereta semakin hamper dan dada ini berdebar apabila
> > melihat monyet itu terus menggelupur dan
> > menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
> > terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan
> > daging.
> >
> > Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila
> > melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari
> > celah luka besar itu tersembul sesuatu berwarna
> > kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat
> > itu?
> >
> > Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam
> > kandungannya!
> >
> > Pada ketika itu saya terasa tubuh ini menggeletar.
> > Saya pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar
> > lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang
> > sebelum sempat melihat wajah ibu.
> >
> > Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan
> > belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera.
> > Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian
> > bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hamper saja
> > dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
> >
> > Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa
> > seekor monyet.
> >
> > Ia hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan,
> > tidak setaraf dengan manusiawi.
> >
> > Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus
> > catatkan surat ini, kerana peristiwa yang saya
> > sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya
> > kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal
> > 1990-an.
> >
> > Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu,
> > saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di
> > hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu,
> > tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima
> > ajakan bapa saudara saya tadi.
> >
> > Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun
> > sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas
> > di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan
> > burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah
> > bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.
> >
> > Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula
> > kecewa. Hari kian beranjak petang, pak cik
> > menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pak cik, "Kita
> > balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa.Mungkin esok ada
> > habuan."
> >
> > Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh
> > langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik
> > pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati
> > suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang
> > sedang memakan buah-buah hutan.
> >
> > Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan
> > haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman
> > yang saya faham benar maksudnya.
> >
> > Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?
> >
> > "Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak
> > ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak
> > cik.
> >
> > Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak
> > cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya
> > gagal mengendurkan niatnya.
> >
> > Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,
> > "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan
> > senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan ?
> > DAMMM!!!
> >
> > Demi berdentum saja senapang, bercempera dan
> > lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri.
> > Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit
> > pekik haiwan berkenaan.
> >
> > BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah.
> >
> > Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan
> > kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya. Dari
> > perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak
> > mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak
> > tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit.
> >
> > Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah.
> > Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya
> > mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya.
> > Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah.
> > Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi
> > lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak
> > yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan
> > ibunya.
> >
> > Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
> > Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu
> > monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya
> > puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.
> >
> > Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan
> > susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak
> > mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang
> > perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
> >
> > Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat
> > dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan
> > pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami
> > fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk
> > anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana
> > selepas ini ibu akan pergi.
> >
> > Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau
> > kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek
> > kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.
> >
> > Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami.
> > Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan
> > melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.
> >
> > Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas
> > memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin
> > menyatakan betapa kejamnya manusia.
> >
> > Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?
> >
> > Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah
> > ciptaan Allah ini?
> >
> > Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga
> > dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa
> > detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami
> > lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya.
> > Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur
> > dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat
> > ditanggung lagi.
> >
> > Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun
> > dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak
> > bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu
> > semula.
> >
> > Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya
> > perhatikan pak cik, dia beberapa kali menggetap bibir
> > cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi.
> >
> > Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan
> > menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata
> > kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa
> > yang berlaku.
> >
> > Susana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul
> > dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan
> > enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
> >
> > Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu
> > juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan
> > betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang
> > tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
> > hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih
> > kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita
> > manusia??
> >
> > Mana hilangnya akal waras kami?
> >
> > Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut
> > jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet
> > itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja.
> > Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya
> > bertambah teruk, dan akhirnya mati.
> >
> > Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa
> > tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya
> > agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya
> > perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah
> > satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal
> > fikiran.
> >
> > Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan
> > sucinya kasih sayang ibu.
Back to top Go down
View user profile
 
alkisah ttg sorg kwn ni...ttg cinta monyet dn manusia...jeng3
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Top Most Beautiful Indonesian Actrees

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
CEO  :: CEO ROHANI :: Motivasi diri-
Jump to: